Sweetnya Bercinta After Married

Salam semua..
Aku baru ja lepas tengok 'Vanila vs Coklat' 
Cerita tu berkisar bercinta after married, tapi dalam versi zaman moden. Aku suka kalau life aku macam tu, maksud aku kisah percintaan aku bermula lepas kahwin. Tapi di zaman serba serbi ni susahlah, dari sekolah lagi aku dah pandai cinta monyet.


Cuma sekarang ni bila dewasa, aku hope cinta after married. Sekarang ni, aku banyak review pasal bercinta after married. Sesungguhnya, aku amat bersyukur kerana jodoh aku dipermudahkan. Bermakna, Tuhan sayangkan aku. Dia x mahu aku lalai dengan dunia akhir zaman ni. Alhamdullilah.


Banyak sangat sebab kalau aku senarai kenapa aku pilih 'Bercinta selepas kahwin'. Tapi reason yang paling kukuh yang aku like sangat ialah
Halal di sisi agama..
Diredhai Allah.. 
Dapat banyak pahala lagi tuuuu..
Mengelakkan maksiat..
Melatih diri berdikari...
Direstui family...
Berada di landasan yg betul..
dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya.


Ada orang kata, kalau dah berkahwin tanggungjawab akan bertambah. Ya, tu memang tidak dinafikan. Tapi, aku rela tanggungjawab aku bertambah dari dosa aku bercambah.


Sebelum aku engaged aku pernah bercinta more than 3 years. Tapi jodoh itu ketentuan Tuhan, percintaan aku and dia putus di tengah jalan. Serius aku jatuh. Sedih tu tersangat-sangat la.
Sebab aku harapkan cinta aku tu bakal menjadi suami aku. Tapi sebagai umat islam, aku kena percaya juga jodoh aku mungkin dengan someone else. Aku redha dengan kunfayakun Allah.


Dan pengajaran dari kisah lalu,
Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA......
Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.......... 
Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya
jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi.........


Aku juga berjanji pada diri aku, selepas ini biarlah percintaan aku hanya selepas kahwin. 


So nak dipendekkan cerita. 
Now I'm engaged with someone that I know only 6 months. InsyaAllah, kami akan diijabkabulkan tahun ini. (Hopefully semuanya berjalan lancar). Walaupun baru mengenalinya, aku percaya keserasian sangat mudah dicapai apabila kita di bawah redha Allah. Proses mengenalinya akan menjadi lebih mudah, telus selepas diijabkabulkan kerana kita sudah berada di landasan yg betul.


*Aku terima dirinya kerana Allah. Selepas kahwin suami aku adalah segala-galanya selepas Allah dan Rasul. Aku tawakal dan redha dengan jodoh yang Allah tetapkan untuk aku. 


Dear future husband :) 
I will cook.
I will clean.
I will shop.
I will be the best wife ever, insyaAllah.
I will dress up for you. 
I will maintain my appearance for you. 
I will make sure to be the best wife I can be, insyaAllah.

I will have children with you & I will raise them to be the best they can be. 
I will be the best mother, insyaAllah.

All this -- as long as you promise me one thing...
Help me, accompany me in getting to Jannah..!







1 comment:

RADIOKITA said...

salam, sekiranya tidak menjadi keberatan, dapatlah kiranya dimasukan code html radiokita kedalam blog ini ..
terima kasih

http://radiokita-malaysia.blogspot.com

#Siaran RADIOKITA boleh didengar melalui blog anda apabila siarannya on air.

Post a Comment

 
Background by design by tutorial + freebies by