Bawa Aku Ke Syurga

Salam semua....
Aku nak kongsi sikit ttg tajuk cerekarama mlm ni.."Bawa aku ke syurga"
aku baru ja habis layan cerita ni...
serius besss....
bess sebab byk pengajaran..

Kisahnya menceritakan tentang 2 orang banduan wanita yg masuk penjara kerana tuduhan membunuh
tetapi berlainan situasi
Wanita pertama digoda.. (kakak)
dia seorang agen insurans..
salah seorang pelanggannya cuba menngodanya dan ingin memperkosanya..
dan dia membunuh utk mempertahankan maruah dirinya..
dia mempunyai seorang ibu yg sgt sosial..
dan selalu berkata yg buruk tentang anak perempuannya
ibu yg x pedulikan anaknya..
ibu yg tidak pernah mendoakan anaknya..

tetapi...

Wanita kedua penggoda..(adik)
dia bersubahat dgn teman lelakinya menipu dlm perniagaan
peranannya ialah menggoda lelaki untuk kepentingan perniagaannya..
di saat dia meniduri salah seorang pelanggannya..
keesokan hari dia terjumpa lelaki yg di tidurnya
mati terbunuh dlm bilik air..
tapi bukan dia yg membunuhnya..
teman lelakinya yg membunuh..
Wanita itu mempunyai seorang ibu yg sgt baik..
yg selalu mendoakan yg baik2 utknya..
yg percaya segala ape yg anaknya lakukan adalah yg baik2..
kerana sejak kecil dia memberi didikan agama yg cukup utk anaknya
yg tidak putus asa membela nasib anknya..

kedua-dua wanita itu dipertemukan di penjara..
masing2 berkongsi cerita
si kakak sgt rajin bersembahyang..
rajin mengaji..
dan selalu menasihati si adik
tapi si adik sgt kasar perlakuannya..
dan selalu menimbulkan masalah..
si kakak selalu batuk2..
kakak rupanya ada penyakit..
masa yg singkat si kakak tu gunakan utk menasihati si adik..
kakak minta adik bertaubat..
kakak minta adik berterus-terang dgn ibunya ttg pekerjaan sbnrnya..
kemaafan dari si ibu boleh membawa anaknya ke syurga..

lama kelamaan si adik insaf..
dan dia berterus-terang dgn ibunya..
ibunya sgt terkejut kerana sblm ini menyangka anaknya seorang yg baik..
ibunya merasa terkilan dan hampir2 tidak mahu memaafkan si adik..
tetapi syg ibu tidak kemana...
dia akhirnya memaafkan si adik..
kerana maaf dan doa ibu..
akhirnya pembunuh sbnr mengaku kesalahannya
dan adik di bebaskan..

ok skrg berbalik kpd cerita si kakak..
kakak terlantar sakit di hospital..
ibunya datang melawat..
tetapi melawat dgn kata2 kesat..
bercakap yg buruk2 pd anaknya..
kakak sgt sedih dgn sikap ibunya..

si adik dan ibunya melawat kakak di hospital..
dan melihat sendiri layanan ibunya terhadap si kakak..
ibu si adik cuba menasihati ibu si kakak dgn berkata..
seorang ibu kena mendoakan yg baik2 terhadap anaknya..

bagai mendapat Hidayah dr Allah ibu si kakak menyesali segala kesalahannya..
tetapi..
di saat tu juga si kakak telah menghembuskan nafas terakhir..
moga redha si ibu boleh membawa anaknya ke syurga..

Kesimpulan dr cerita ini..
doa seorang ibu terhadap anaknya sgt la mempengaruhi kehidupan anaknya..
Ibu yg mendoakan yg baik-baik untuk anaknya akan membawa anaknya ke syurga.. :)

P/S : Sayangilah ibu anda dan hargailah ibu anda oke...?







No comments:

Post a Comment

 
Background by design by tutorial + freebies by