Amboi... Voguenya Majlis!

Apa persamaan antara sambutan Aidilfitri dgn sambutan Majlis Kahwin ??

Banyaakkkkk, tapi yg special satu saja. Iaitu, itulah ruang dan peluang orang kita terutama yg jenis vogue nak menonjol dan memperagakan dirinya yg sebenar. Kalau yg datang berziarah ni satu macam voguenya, menjadi tuan rumah pastilah 101 macam voguenya. Betul. menjadi tuan rumah sambutan majlis kahwin mesti kena 100% perfect. Rumah nak kena bercat, perabot nak kena baru atau nampak baru, hiasan dalaman mesti kontemporari, bilik pengantin dah tentu kena blink-blink kerana disamping nak datang makan dan tgk pengantin bersanding, bilik pengantin adalah destinasi perlancongan wajib para tetamu yg vogue tadi. So, kalau terpaksa membazir membeli dan menabur kelopak-kelopak mawar keseluruh bilik dan katil pengantin, maka berbuatlah. (Tapi kalau duit itu ditabur pada rumah anak yatim, ia jauuuh lebih baik dari bermanfaat)

Hmmm kalau berduit aku tak kisah sangat. Kalau orang mampu. Tapi yang aku nak bebel ini, yang jenis duit tak berapa nak ada, tapi buat majlis mengalahkan orang banyak duit. Sanggup berhutang bergolok berlembing bergadai, janji majlis kahwin vogue gitu.

Kahwin sekarang senang. Dapatkan orang perancang perkahwinan dan semuanya bisa diatur. Nak makan lauk berapa puluh jenis, apa warna tema, pelamin kecil muat-muat dua pengantin atau besar boleh muat dua keluarga pengantin, nak buat majlis di dewan serbaguna atau depan rumah saja, khemah biasa atau berambu-rambu, kambing tergolek atau ayam terpenyek, semua ada. Janji sediakan wang secukupnya. Kena pula perancang perkahwinan itu pandai mengayat lengkap dgn katalog dan video korporatnya, pastilah bajet yg asalnya berlimit-limit menjadi over limit dan sky's the limit. Huuuu seronok menjadi raja dan permaisurinya sehari saja, tapi sakit menanggung beban belanja overlimitnya bertahun-tahun. Kasihan pada pengantin baru yg mengambil masa yg lama untuk melangsaikan beban hutang itu.

"Ok, kita boleh buat majlis kahwin vogue gitu (entah aku pun tak tahu menatang apa vogue ini), blink-blink sampai mata tetamu naik juling gitu, tapi dua puluh tahun dari sekarang, kita pergi keja naik bas, duduk rumah sewa, makan nasi tuang kicap saja, tiada pakaian baru, tak ada cuti-cuti Malaysia, tak ada itu tak ada ini." ( kata-kata ini aku ciplak dan olah semula daripada iklan radio yg aku dgr baru-baru ini). 

Perkahwinan yg baik adalah yg ringan belanjanya, tidak bermewah-mewah dan membazir serta mematuhi batas syariat. Itulah inti pesanan Rasulullah SAW buat keluarga dan pasangan yg nak kahwin. Aku pernah hadiri majlis kahwin yg vogue gila sampai nak tengok pelamin kena selak tujuh lapan lapis kain hingga kepada majlis kahwin yg simple dan ala kadar saja. Nak menyiapkannya pastilah yang satu itu menelan belanja besar,  puluh atau ratus ribu dan yang satu lagi murah sekadar yg termampu.Yalah, dah namanya mulut orang, (mulut sendiri pun susah nak control kan?) buat majlis macam mana pun, kalau kaki mengata tu tetap juga mengata. Sok, sek, sok, sek, tak boleh nak dielak punya. Banyak majlis vogue rumba-rumba atau majlis sederhana, tetap orang kata. Paling-paling tidak dalam hati mesti berbunyi punya. Tetapi inti ceritanya, majlis yg sering aku kenang dan bangga adalah majlis perkahwinan yg lauknya sedap-sedap belaka (itu mestilah ...), majlis yg sederhana serta menjunjung nilai-nilai agama. Apa tidaknya, disaat orang lain berlumba-lumba nak present majlis perkahwinan yg terbilang dan tergemilang, (agar orang kenang sampai hari kiamat ),si fulan ini sedia menongkah arus adat dan kebiasaan lalu membuat majlis yg sederhana serta menepati sabda Nabi SAW. Sekali pandang memang senang, tetapi sebenarnya membuat kerja-kerja menongkah arus adat kebiasaan bertunjang nilai-nilai agama ini bukan kerja yg mudah. Nak menekan nafsu yg suka bermewah-mewah dan menunjuk-nunjuk satu hal, nak menyerap tekanan keluarga dan saudara mara yg mahukan majlis kita meletup-letup (apatah lagi kita ini berkelulusan tinggi) satu lagi hal, dan nak maintain wajah selamba saat tetamu berkunjung ke majlis kita yg amat sederhana hal yg lain pula.

Ok dah habis baca...???


ok itu adalah initipati majalah Anis yg aku baca...
so banyak sgt pengajaran dari apa yg aku baca dr majalah tu...
sajala nak share dgn readers suma...
sebab x lama lagi aku pun akan melalui detik-detik indah tu...


skrg aku pun dok pening-pening juga nak prepare utk majlis aku nanti..
tapi kat sini aku nak cakap..
walid aku mungkin adalah salah sorg dari si fulan yg sedia menongkah arus dan adat utk membuat majlis yg sederhana serta menepati sabda Nabi SAW.
Betul apa yg penulis kata, majlis yg menepati syariat ni mmg la simple ja nak buat..
xdak la nak grand-grand ni..
tapi hakikatnya.... 
faham-faham jela...
mulut orang nanti mmg dah sedia nak komen


Bab-bab majlis kenduri aku nanti aku serahkan saja pada parents aku utk mengaturnya, kerana...
mereka lebih tahu apa yg terbaik dan menepati syariat...


apa yg aku nak fokus ialah tentang hantaran, doorgift, perabot dalam bilik, pakaian pengantin dan yg paling penting sanggaaatt fotografi...
tahu x kenapa aku kata sesi fotografi tu penting..??
kerana itulah kenangan yg boleh disimpan hingga ke anak cucu..
majlis meriah macam mana sekalipun...
suma tu akan selesai bila majlis selesai...
tapi kalu fotografi cantik-cantik memang boleh tatap sampai ke anak cucu
itu yg penting bagi aku...


aku juga sedang servay-servay doorgift yg bermafaat utk di beri pada semua rakan-rakan dan family yg hadir pada majlis aku nanti..
ok nanti aku update lagi tentang preparation my wedding k..


tata.. :)





No comments:

Post a Comment

 
Background by design by tutorial + freebies by