Selesai Sudah Kursus Kahwin

Salam semua..

Legaaa
Hari ini bertarikh 8hb Jan 2012 tamat sudah 
kursus kahwin aku yg berlangsung selama 2 hari 
di Hasani Management Sg Petani
Aku p kursus dgn bff aku Arnida with adiknya...
Walaupun hanya mengambil masa 2 hari..
tapi.. 
banyak juga moment-moment yang boleh aku kenang 
selagi ada dlm kotak ingatan ni...

Hari pertama kursus aku sampai di Hasani pukul 8.15 pagi..
selepas pendaftaran dan semua peserta mengambil 
tempat masuk la penceramah pertama 
yang berceloteh tajuk Perkahwinan & Prosedur.. 
Penceramah ni seorang ustaz dan cara dia 
berceramah agak terhibur juga la 
sebab banyak lawak-lawak gatal dia, hua hua... 
part gatal mesti semua org best kan...

After breakfast, masuk pula penceramah kedua
 (dalam hati aku ingat penceramah sama ja utk semua tajuk,
 rupanya bertukar-tukar) yg juga seorang ustaz. 
Penceramah agak memboringkan juga sebab dia cuma baca slide ja... 
kalau macam tu aku pun boleh baca, huhu... 
Tajuk yg dia bentangkan ialah Aqidah.

Then disambung oleh penceramah ketiga, 
penceramah ni pun tidak kurang hebat
 sebab buat kami gelak malu-malu... hehehe. 
Tahu kenapa aku kata gelak malu-malu..?? 
kerana... 
tajuk yang beliau bentangkan ialah 
Hubungan dalam Keluarga, sub topik dalam tajuk tu.. 
Hubungan dalam Kelamin...
 so korang faham-faham jela ekk, ngee..

Selepas rehat tengah hari
 di sambung oleh penceramah yg keempat
 yg agak memboringkan juga.. 
nasib aku termasuk lambat sikit.. hehehe. 
Tajuk dia bentangkan ialah Pengurusan Sumber Keluarga.
 Tajuk ini berkaitan tentang macam mana
kita nak manage duit setelah berkeluarga dan manage masa kita.
 Tidak dinafikan selepas saja berkahwin automatically
 duit dan masa kita berubah 360 darjah, 
dan hal-hal lain yg sewaktu dengan nya lah..
 so beware..

Last topic pada hari pertama ialah Pengurusan Kesihatan. 
Tajuk ini disampaikan oleh ustazah. 
Ustazah ni pun best juga sebab dia pandai buat lawak, 
dan bagi aku tajuk ini sesuai sangat di sampaikan
 oleh wanita sebab wanita ni dia caring sikit bab kesihatan.. 
banyak juga tips-tips yang dia bagi. 
ok, hari pertama kursus kahwin berakhir pukul 5.30 petang.

Dalam aku aku dok asyik dengar kursus kahwin 
ni ada juga la aku kenal pasti peserta-peserta yg berkelakuan abnormal. 
Yang aku x berapa berkenan tu..
 ada peserta wanita di belakang aku....
 alamak aiii gelak punya la kuat.. 
kira org lain gelak juga.. 
tapi aku dgr dia gelak memang paling kuat lah 
sampai org dah berhenti gelak dia masih dgn sisa-sisa gelak lagi..ish2.. 
bagi aku x salah kalau nak gelak kuat
 tapi tengok pada tempat la kan..
 tempat cenggini kita kena la control ayu sikit... heheh x gitu..??

Hari kedua pula aku sampai di Hasani pukul 8.30 pagi, 
dan kursus bermula jam 9.00 pagi.
 Masuk penceramah yg pertama pada hari kedua 
memang best juga sebab dia banyak bagi contoh
 kes-kes yg dia kendalikan. 
Tajuk yg dia sampaikan memang agak sensitif
 iaitu Talak, Fasakh & Pro Penceraian. 
Walaupun tajuk macam serius tapi cerita-cerita 
 yg dia sampaikan pasal kes-kes penceraian agak kelakar juga.
 Manusia ni memang banyak ragam sampaikan hal 
yg sekecil-kecil pun jadi isu besar. 
Sebab tu kita ni kena buat keputusan dalam keadaan cool
 supaya keputusan yg kita ambil tu nanti tak makan diri kita. 
So, pesan dia pada bakal suami.

"Beware.. !! sebab bila akad nikah sah saja suami 
secara automatik nya ada kuasa cerai ada di tangannya. 
Time ni syaitan akan goda suami 
dgn apa cara sekalipun sampai kadang-kadang 
benda kecil pun nampak besar."

Selepas rehat pagi, disambung dengan penceramah
 yg tidak kurang hebat juga yg menyampaikan
 tajuk Masalah Tekanan & Pengurusan Konfliks. 
Penceramah ni pun best juga sebab dari
 mula sampai habis memang dia asyik buat lawak
 tapi still dalam tajuk. 
Ayat-ayatnya berbunga-bunga menusuk 
masuk dalam hati aku ni... hehehe.
Antara ayat dia yang aku x boleh lupa ialah 

Perjalanan kita dalam dunia ini pasti akan ada ujian dan ujian yg kita lalui semuanya berbeza-beza. Ada di kalangan kamu ini yg hadir kursus kahwin pada umur 30 tahun, 20 tahun, 18 tahun. Itulah perjalanan hidup kita. Itulah takdir hidup kita dan kita harus melaluinya. Ada yg umur sama kita x sempat melalui apa yg kita lalui kerana sudah kembali kepada-Nya. Maka, kita harus bersyukur kerana kita diberi kesempatan untuk merasai semua ini. Ada yg jodoh nya berat.. ada yg jodohnya dimudahkan. yang pasti kebahagiaan itu memerlukan pengorbanan dan cinta itu memerlukan air mata. " 

Lebih kurang macam tu la ayat dia
Banyak lagi kata-kata ustaz tu..
 tapi aku ambil part yg paling best la.

Selepas waktu lunch, sambung dengan topik yg second last
 iaitu Komunikasi Suami Isteri.
 Topik ni memang aku x mau komen banyak 
sebab aku mengantuk sangat time ustaz ni ceramah. 
Hasilnya banyak la curahan kreatif aku 
dekat kertas-kertas yg aku dapat dalam kursus ni.

And last but no least, tajuk terakhir iaitu Akhlak Islamiah.
 Topik ni jadi terakhir, so aku jadi bersemangat sikit nak dengar 
sebab nak balik cepat. Habis topic ni continue
 dengan cabutan bertuah and penyampaian sijil. 
Kursus berakhir pukul 5.30 petang. 
Agak lewat dari yang aku jangkakan.

Aku nak berbalik pada cerita pasal 
budak perempuan yg abnormal tu..
kan kelmarin dia gelak sakan 
tapi tadi masa part ustaz yg sampaikan 
ceramah Masalah & Tekanan, aku jadi pelik
 sebab aku x dengar dia gelak kuat dah.
 So, aku pun pusing la ke belakang nak tengok 
apa dah jadi pada perempuan tu..
rupanya dia dok nangis air mata berambu-rambu..
 pelik terus aku.. memang ustaz tu selitkan part yg
 agak menyentuh hati sikit tapi aku tak sangka pula 
orang lain semua pakat gelak tapi dia sorang ja menangis. 
Aku perasan juga sebelum tu dia macam 
ada problem sikit sebab aku nampak dia 
tergesa-gesa keluar dari dewan dengan tunang @ pakwe dia kot.
 Itula orang tua-tua cakap, kita x boleh seronok 
sangat nanti nak menangis. 
Haa kan dah tebukti tuu.

Ok, lupakan pasal dia. 
So, kat sini aku nak selitkan sedikit nasihat 
pada bakal-bakal yg nak pergi kursus kahwin nanti. 
Better bila korang nak pergi kursus kahwin nanti 
korang pergi dengar bersama-sama dengan pasangan anda. 
tahu kenapa.. ?? 

kerana...
apa saja tips dan nasihat yg diberi 
oleh penceramah dalam kursus tu di dengar 
oleh kita dan pasangan. 
Benda ni penting, sebab kita dengar 
nasihat dari orang yg sama so kita akan faham benda yg sama.
 Lagipun nanti kita juga akan hidup bersama. 
So, apa yg kita rasa, apa kita faham 
dalam kursus kahwin tu biarlah dirasai dan di fahami bersama.

Macam aku, pergi tanpa tunang aku
 sebab dia dah pergi dah kursus kahwin sebelum kenal aku lagi. 
Jadi, aku rasa terkilan sikit la...
 tapi xpela.. yang penting aku nak suruh my fiance
 khatam buku Memasuki Gerbang Perkahwinan
 yg aku dapat dalam kursus ni. 
Remind balik apa yg dia belajar dulu. hehehe.

Ok itu saja utk post sekali ni.. Tata...




Inilah hasil kreativiti aku selama 2 hari berkursus...hehe

sijil dah dapat.. yahooo..!!

Buku ni my fiance kena khatam tau..hehe.

3 comments:

nur faries said...

ehheee...smpan smua ilmu ni di dadaa & praktik kan di dalam rmah tangga.. :)

FIZGRAPHIC said...

wahhh..kenduri jgn lupa jemput aku..

nur faries said...

apit kalot nk mkn nasi minyak.. :p

Post a Comment

 
Background by design by tutorial + freebies by